Setiap siri pengambilan pihak Akademi menetapkan seramai 50 orang pegawai telah dipanggil untuk di latih selama 4 hari di Akademi Imigresen. Mereka merupakan peserta yang dipilih dari seluruh Jabatan Imigresen Malaysia dan telah diberi latihan yang khusus untuk melahirkan Pasukan Cegah Rusuhan yang mantap di setiap depot tahanan. Kursus itu telah dirancang dan sedang dilaksanakan mengikut kawasan. Bermula dengan melalui latihan yang asas fizikal dan latihan kecergasan untuk semua peserta.Tugas jurulatih pula bukan hanya melatih team lsf, cqb, penggarian, tangkapan, penggunaan t-baton sahaja. Jurulatih perlu memastikan setiap pegawai berada di tahap kecerdasan yang tinggi fizikalnya. Ini kerana pengawasan dan kawalan terhadap tahanan memerlukan badan yang cergas dan minda yang cerdas.Setiap peserta dibekalkan dengan peralatan yang lengkap.Setelah selesai latihan satu majlis tamat latihan perasmian serta penutupan dilakukan untuk membuktikan keupayaan pada setiap peserta kursus.Majlis disempurnakan oleh Pengarah Akademi dan Timbalan Pengarah.
Sunday, November 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment