Wednesday, February 15, 2012

TAKLIMAT SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)


Pihak Pengurusan Pentadbiran telah mengadakan satu taklimat dan sesi penerangan mengenai Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kepada semua kakitangan AIMM yang bertaraf tetap pada 16 Disember bertempat di Dewan Belian tingkat 4 pada jam 9.00 pagi..  Taklimat  tersebut diadakan  bertujuan untuk memberi penerangan dan pemahaman yang lebih jelas kepada semua kakitangan sebelum mereka membuat keputusan samada untuk memilih skim SSM (sedia ada) atau SBPA sebagaimana yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2011 sebagaimana yang telah dikeluarkan oleh pihak JPA baru-baru ini. Sesi taklimat mengenai skim SBPA pada hari tersebut telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Pentadbiran Encik Saiful Bahrin Bin Badarudin dengan dibantu oleh Puan Asiah. Bt. Saad. Antara ringkas  SBPA bolehlah disimpulkan  di bawah:
1. SBPA akan Bermula 16/12/2011 hingga 30/12/2011 tempoh untuk sign borang SBPA. 
2. bagi pegawai bersara selepas 1/01/2012 tidak ditawarkan SBPA
3. tiada lagi istilah kumpulan sokongan 1 atau kumpulan sokongan 2. Hanya akan ada 4 peringkat    kumpulan kerja dalam kerajaan. (1. premier) (2. pengurusan tertinggi) (3. pengurusan profesional) (4. kumpulan pelaksana)
4. kumpulan sokongan sekarang ini akan duduk di dalam kumpulan pelaksana.
5. perlantikan individu ke dalam setiap kumpulan akan dinilai berdasarkan keupayaan. mekanisme/cara penilaian baru akan digunakan untuk menilai calon yang layak. memberikan peluang yang luas kepada semua penjawat awam. perlantikan lateral entry juga akan dilaksanakan.
6. exit policy yang lebih mudah. anda boleh keluar  dari sektor kerajaan ke swasta atau kembali semula ke sektor kerajaan selepas berkhidmat untuk sektor swasta. Tapi ada beberapa syarat yang perlu di patuhi seperti prestasi melebihi 70% dan tiada tindakan tatatertib. ada 2 jenis exit policy 1. PDKPA (Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam) dan 2. PDKA (Persaraan Demi Kepentingan Awam)
7. Dalam SBPA sistem penilaian akan dilakukan secara 360 darjah. Maksudnya, anda bukan sahaja dinilai oleh bos anda, bahkan orang di sekeliling. Sebabnya nak tengok keberkesanan kerja yang anda lakukan. Erti kata lain, nak tengok kerjasama anda dengan orang lain.
8. pergerakan gaji akan bergantung kepada prestasi kerja anda. Contohnya markah yang melebihi 95 akan mendapat kenaikan gaji 15%. markah diantara 75-84 akan mendapat kenaikan 5% sahaja. Tiada lagi tangga gaji menegak melintang patah membujur lalu macam sekarang, hanya akan ada gaji minima dan maksima
 9. Ada beberapa pilihan yang akan diberikan kepada anda untuk menerima atau menolak SBPA ini
a. menerima SBPA dan persaraan 60 tahun
b. menerima SBPA dan menolak persaraan 60 tahun
c. menolak SBPA dan menerima persaraan 60 tahun
d. menolak semuanya dan kekal dengan persaraan 55/56/58
 (setelah selesai satu sessi soaljawab diadakan)




No comments:

Post a Comment