Wednesday, September 21, 2011

MAJLIS TAMAT LATIHAN KURSUS INDUKSI UMUM DAN KHUSUS KP17 SIRI 2/2011




Pada 30 Julai 2011 (Sabtu) berlangsungnya Majlis Tamat Latihan bagi Pegawai Imigresen  Gred KP17 siri 2/2011 lantikan baru seramai 209 orang dari seluruh negara. Majlis tamat latihan merupakan acara tradisi atau kemuncak bagi pelatih–pelatih kursus induksi pegawai imigresen KP17 diadakan bagi meraikan kejayaan pelatih atau berakhirnya kursus asas dan penyesuaian bagi persediaan untuk menjalankan tugas sebagai seorang Pegawai Imigresen. Majlis dimulakan dengan Y.Bhg Dato’ Alias bin Ahmad (Ketua Pengarah Imigresen) menerima tabik hormat seterusnya semua hadirin menyanyikan dua buah lagu iaitu lagu Negaraku dan Lagu Imigresen. Seterusnya Y.Bhg Datomemeriksa perbarisan dengan diiringi Pengarah AIMM Tuan Nor Hamran bin Hussein. Kemudian  peserta  kursus membuat lintas hormat dalam acara kawad perlahan dan cepat jalan. Selesai lintas hormat majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Amirol Aliffucapan oleh Y.Bhg Datoseterusnya perasmian majlis tamat latihan. Upacara majlis ditamatkan dengan  penganugerahan peserta kadet terbaik keseluruhan untuk siri ini. Majlis diakhiri dengan pertunjukan kawad formasi, persembahan Pasukan Cegah Rusuhan dan Pasukan Pancaragam . Setelah selesai  Y. Bhg. Datodan semua hadirin  yang hadir ke tempat  juadah ringan untuk para jemputan menikmati bersama-sama jamuan ringan yang disediakan oleh pihak AIMM
Dato' KP Imigresen sedang menyampaikan amanat kepada
semua kadet yang akan menamatkan kursus di AIMM


kadet sedang melakukan kawad
Ramah mesra Dato' KP bersama kadet pegawai imigresen KP17






Kadet wanita tidak kurang hebatnya


1 comment: