Pada 30 Julai 2011 (Sabtu) berlangsungnya Majlis Tamat Latihan bagi Pegawai Imigresen Gred KP17 siri 2/2011 lantikan baru seramai 209 orang dari seluruh negara. Majlis tamat latihan merupakan acara tradisi atau kemuncak bagi pelatih–pelatih kursus induksi pegawai imigresen KP17 diadakan bagi meraikan kejayaan pelatih atau berakhirnya kursus asas dan penyesuaian bagi persediaan untuk menjalankan tugas sebagai seorang Pegawai Imigresen. Majlis dimulakan dengan Y.Bhg Dato’ Alias bin Ahmad (Ketua Pengarah Imigresen) menerima tabik hormat seterusnya semua hadirin menyanyikan dua buah lagu iaitu lagu Negaraku dan Lagu Imigresen. Seterusnya Y.Bhg Dato’ memeriksa perbarisan dengan diiringi Pengarah AIMM Tuan Nor Hamran bin Hussein. Kemudian peserta kursus membuat lintas hormat dalam acara kawad perlahan dan cepat jalan. Selesai lintas hormat majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Amirol Aliff, ucapan oleh Y.Bhg Dato’ seterusnya perasmian majlis tamat latihan. Upacara majlis ditamatkan dengan penganugerahan peserta kadet terbaik keseluruhan untuk siri ini. Majlis diakhiri dengan pertunjukan kawad formasi, persembahan Pasukan Cegah Rusuhan dan Pasukan Pancaragam . Setelah selesai Y. Bhg. Dato’ dan semua hadirin yang hadir ke tempat juadah ringan untuk para jemputan menikmati bersama-sama jamuan ringan yang disediakan oleh pihak AIMM
 |
Dato' KP Imigresen sedang menyampaikan amanat kepada
semua kadet yang akan menamatkan kursus di AIMM |
 |
| kadet sedang melakukan kawad |
 |
| Ramah mesra Dato' KP bersama kadet pegawai imigresen KP17 |
 |
| Kadet wanita tidak kurang hebatnya |
berapa lama tempoh kursus ni ?
ReplyDelete